fbpx

Jokowi masih pilihan rakyat Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi memberi ucapan pada pelancaran stesen pengecasan kenderaan elektrik awam pertama pada 25 Mac lalu. - AFP

JAKARTA – Tinjauan pendapat oleh Institut Petunjuk Politik Indonesia mendapati rakyat republik itu masih memilih Joko Widodo (Jokowi)  sebagai Presiden mereka  sekiranya pilihan raya  diadakan dalam masa terdekat.

Menurut  laman berita Tribunnews, nama Jokowi masih menduduki tempat pertama dalam jawapan spontan orang ramai sekiranya pilihan raya Presiden Indonesia diadakan hari ini.

Pengarah Eksekutif Indikator Politik Indonesia, Burhanuddin Muhtadi berkata,  peratusan yang memilih Jokowi adalah tertinggi iaitu 15.9 peratus.

Di tempat kedua pula adalah Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto dengan peratusan responden 12.3 peratus.

Ia diikuti oleh Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo yang dipilih oleh 10.5 peratus responden dan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan sebanyak 7,9 peratus.

“Nama lain yang ada dalam senarai tinjauan berkenaan hanya mendapat  bawah tiga peratus,” kata Burhanuddin.

Walaupun  Jokowi masih menjadi pilihan utama rakyat, kata Burhanuddin, trend itu dilihat semakin menurun.

Jelasnya, dalam tinjauan sama pada Disember 2021, peratusan rakyat yang mengaku akan mengundi Presiden Jokowi jika pilihan raya presiden diadakan adalah 19.6 peratus.

“Salah satu punca penurunan yang berlaku adalah mungkin kerana isu minyak masak semakin sukar ditangani,” kata Burhanuddin.

Untuk makluman, tinjauan pada 11 hingga 21 Februari 2022 itu diadakan secara bersemuka melibatkan 1,200 responden dengan bilangan berkadar di setiap wilayah.

Sampel diambil berdasarkan jumlah orang yang berhak mengundi di setiap wilayah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI