fbpx

Hanya sembilan peniaga mohon jual bunga api di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kanan) semasa melawat rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran di belakang Masjid Bandar, Tumpat hari ini. - FOTO: ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Polis Kelantan hanya menerima sembilan permohonan daripada peniaga untuk mendapatkan permit menjual bunga api sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, permit jualan bunga api itu dikeluarkan selepas negara beralih ke fasa endemik dan penjualannya tidak dibenarkan semasa tempoh pandemik Covid-19 yang lalu.

Menurutnya, sehubungan itu, polis sedang memproses pengeluaran permit tersebut kepada sembilan peniaga yang sudah memohon.

“Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan untuk jualan kerana ia tidak mengandungi bahan bakar yang boleh berbahaya.

“Selain itu, peniaga yang ingin menjual bunga api juga perlu mendapatkan bekalan daripada pembekal berlesen. Peniaga juga perlu mendapat permit terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas jika ditangkap,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ziarah Prihatin Ketua Polis Kelantan terhadap lima mangsa kebakaran yang tinggal di belakang Masjid Bandar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI