fbpx

[VIDEO] Diragut ketika mahu hantar anak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian ragut di hadapan sebuah rumah di Taman Suria Indah, Tanjong Karang, semalam.

KUALA SELANGOR – Dua lelaki diburu selepas meragut rantai leher seorang wanita yang di hadapan rumahnya di Taman Suria Indah, Tanjong Karang di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.58 pagi ketika mangsa berusia 39 tahun mahu menghantar anak-anak ke sekolah.

Insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 33 saat di media sosial dengan kejadian ragut itu dilihat sendiri anak-anak mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, mangsa telah didatangi dua lelaki dengan menaiki sebuah motosikal tidak pasti.

“Suspek yang bersenjatakan sebilah pisau itu telah meragut rantai leher milik mangsa.

“Nilai kerugian dianggarkan RM8,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Fatmaliani Mohamed di talian 013-671 6373 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI