fbpx

Baca al-Quran sambil tunggu ‘order’, peniaga nak belanja berbuka sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang memaparkan aksi seorang runner sedang membaca al-Quran di bawah pokok semasa menunggu pesanan.

PETALING JAYA – Dalam kesibukan kita mencari harta dunia, bekalan akhirat juga jangan dilupakan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

Begitulah yang cuba dilakukan oleh seorang pemuda bekerja sebagai penghantar apabila dilihat sempat meluangkan masa seketika untuk membaca al-Quran semasa menunggu pesanan.

Menerusi foto yang dikongsi di laman Facebook Ismail Sabran Ancok, pemuda tersebut dirakam sedang membaca al-Quran di bawah sebuah pokok di tepi lebuh raya.

“Lalu tadi di highway (lebuh raya),ingat dia tengah main ‘game’, rupanya ‘runner’ ni tengah duduk membaca al-Quran.

“Mungkin tengah duduk sambil tunggu order (pesanan), saudara ni mengisi masanya untuk menambah pahala dibulan Ramadan. Syabas anak muda,” tulisnya di Facebook.

Mengulas lanjut Ismail berkata, dia juga berhasrat untuk belanja pemuda itu berbuka puasa di gerainya secara percuma selama sebulan.

“Siapa yang kenal brother (pemuda) ini, bagitahu dia, saya belanja berbuka puasa percuma di gerai abang ancok selama bulan puasa. Kalau dia ada masa kelapangannya berbuka digerai,” katanya.

Difahamkan, aksi pemuda itu dirakam di sebuah kawasan di Sabah semalam, namun lokasi tepat tidak dapat dipastikan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna memuji sikap yang ditunjukkan pemuda itu kerana tidak membuang masa di bulan mulia ini dengan aktiviti tidak berfaedah.

“Dia tahu bulan ibadah, ganjaran berganda,”tulis Aidi Hajan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kandari Osman.

“Alhamdulillah walaupun sibuk bekerja tapi masih ada masa beramal, semoga jadi contoh kepada kita semua,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI