fbpx

22 kontena musnah, 38 terjejas kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kebakaran kontena di Pelabuhan Barat, semalam.

KLANG – Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) mengesahkan sebanyak 22 kontena musnah manakala 38 lagi terjejas akibat kebakaran di Pelabuhan Barat di sini, sejak semalam.

Pengurus Besarnya, Kapten K. Subramaniam berkata, kebakaran kontena itu berlaku di Yad Kontena Blok 07J Bay 0506 pelabuhan berkenaan pada pukul 4.15 petang.

Katanya, yad itu merupakan penyimpanan kargo biasa dan tidak melibatkan sebarang kargo berbahaya.

“Sebanyak 22 buah kontena musnah dan dianggarkan 38 lagi kontena terjejas.

“Api sudah dikawal sepenuhnya pada pukul 3 pagi tadi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Bomba Westports,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Subramaniam, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tiada jentera punggah pelabuhan terjejas.

“Operasi pelabuhan berjalan seperti biasa kecuali di lokasi kejadian yang sudah ditutup untuk siasatan termasuk punca sebenar kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, api sudah terkawal namun pihaknya masih sedang memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut.

“Seramai 34 anggota termasuk pegawai bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) menyertai operasi itu yang bermula sejak petang semalam,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI