fbpx

2 stesen minyak disiasat jual petrol RON95 kepada kereta plat asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sedang mengisi minyak petrol RON95 bersubsidi ke dalam kenderaan bernombor pendaftaran asing baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Dua buah stesen minyak di Johor disiasat kerana didapati dengan sengaja menjual petrol RON95 kepada beberapa buah kenderaan dengan plat pendaftaran Singapura.

Ia didedahkan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam bagi merujuk isu tular diperkatakan orang ramai ketika ini.

“Setakat ini, kita sudah menerima lima aduan mengenai insiden melibatkan kereta plat negara jiran (mengisi RON95), tetapi dua stesen minyak dalam proses siasatan lanjut sebelum tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penguat Kuasa kementerian itu di sini hari ini.

Berita berkaitan: Warga Singapura ‘rompak’ subsidi RON95

Berita berkaitan: Beli RON95 guna kad kredit elak dikesan 

Baru-baru ini orang ramai berkongsi gambar dan meluahkan kemarahan berhubung tindakan pemandu kereta plat negara jiran mengisi petrol RON95.

Ia susulan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura bermula pada Jumaat lalu selaras tempoh fasa peralihan endemik.

RON95 diberikan subsidi oleh kerajaan untuk rakyat negara ini pada harga RM2.05 seliter menjadikan Malaysia negara ke-11 yang paling murah di dunia.

dI Singapura, petrol jenis itu dijual mengikut harga pasaran semasa iaitu S$3.02 (RM9.37) selain dikenakan cukai minyak oleh pemerintah republik berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI