fbpx

Rakyat perlu cipta dana persaraan sendiri selain KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi. /FOTO FACEBOOK

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dicadangkan untuk mencipta satu dana persaraan sendiri sebagai langkah alternatif selain bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pakar kewangan, Azizi Ali berkata, ia adalah amat merbahaya untuk bergantung hanya kepada KWSP semata-mata sebagai dana persaraan hari tua.

“Mengikut data yang ada, lebih 10 juta ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM100,000 di dalam akaun mereka. Malah 6.2 juta pencarum mempunyai kurang daripada RM50,000. Wang ini sudah tentu tidak cukup untuk menampung hidup yang selesa selama 20 tahun.

“Kedua, ia juga tidak mungkin berlaku dimana KWSP membayar dividen yang lebih tinggi daripada lima peratus pada masa depan memandangkan ekonomi Malaysia yang lembab ketika ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Azizi berkata, sekiranya kadar inflasi meningkat seperti yang berlaku di Turki dan di Venezuela, ia akan menyebabkan kuasa pembelian wang pada masa depan akan jatuh dengan ketara.

“Justeru, ciptakan satu lagi dana persaraan dan saya menjanjikan yang ia akan menjadi salah satu langkah terbaik yang anda boleh buat seumur hidup,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI