fbpx

Polis pantau SOP bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (tiga dari kanan) ketika menyampaikan pelitup muka kepada pelajar sekolah pada progam 'Hari Pertama di Sekolah' di SMK Raja Perempuan, Ipoh hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Polis akan terus menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) termasuk di bazar-bazar Ramadan meskipun negara telah memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan tiada penularan Covid-19 di bazar Ramadan.

“Kita tidak mahu bazar Ramadan menjadi tempat penularan wabak Covid-19.

“Oleh itu, kita (polis) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menjalankan pemantauan bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya selepas program ‘Hari Pertama di Sekolah’ bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI