fbpx

Iconic Medicare lulus audit ESG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka bernilai RM200 juta milik Iconic Worldwide di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang yang dilancarkan Januari lalu.

PETALING JAYA – Iconic Worldwide Berhad mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Iconic Medicare Sdn. Bhd. (Iconic Medicare) berjaya melepasi audit tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berlandaskan metodologi Audit Perdagangan Etika Ahli Sedex (SMETA), yang dijalankan firma audit antarabangsa.

SMETA merupakan salah satu format audit etika yang paling meluas digunakan di dunia, dirangka berdasarkan konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa serta undang-undang tempatan yang berkaitan.

Ia terdiri daripada modul seperti piawaian buruh, kesihatan dan keselamatan, sistem pengurusan, penilaian alam sekitar dan etika perniagaan.

Pengarah Urusan Iconic Worldwide, Datuk Tan Kean Tet berkata, program audit SMETA adalah aktiviti yang disertai pihaknya secara sukarela sertai kerana ia adalah piawaian yang diiktiraf seluruh dunia tentang cara menjalankan perniagaan.

“Ini amat penting bagi kami sebagai peserta industri pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) yang agak baru, dan kami mempunyai kelebihan untuk menyelaraskan matlamat kami dengan matlamat jangka panjang masyarakat.

“Seperti yang dinyatakan dalam Matlamat Pembangunan Lestari PBB, kami menyasarkan untuk mencipta nilai mampan jangka panjang dengan memacu hasil positif untuk perniagaan, ekonomi, masyarakat dan planet ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 15 Januari 2022, Iconic Worldwide melancarkan kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka bernilai RM200 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Enam barisan pengeluaran sarung tangan telah mula beroperasi di kilang itu, dengan enam lagi barisan pengeluaran sarung tangan dan 20 barisan pengeluaran topeng muka perubatan akan ditauliahkan dan dipasang menjelang akhir bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI