fbpx

Widad beli simulator payung terjun pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cham Nong Aliap (kiri) bersama Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif HAVELSAN, Mehmet Akif Nacar menandatangani MoU di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) mengembangkan perniagaannya ke dalam industri pertahanan menerusi jalinan pakatan dengan HAVELSAN Hava Elektronik Sanayi ve Ticaret A.S. (HAVELSAN), pemaju sistem ketenteraan terbesar Turki pada Khamis.

Menerusi kerjasama itu, WBG akan membeli enam unit simulator payung terjun HAVELSAN yang kini digunakan oleh briged komando dan pasukan khas Turki, yang terbukti dapat mengurangkan kos latihan pasukan payung terjun.

Selain menawarkan latihan kepada pengguna dalam persekitaran yang boleh berulang dan selamat, cirinya seperti pangkalan data resolusi tinggi dan realiti maya membolehkan kemahiran penting dibangunkan dalam masa nyata di bawah pelbagai keadaan cuaca, kecemasan dan keadaan angin berubah-ubah.

Ini meningkatkan prestasi sebenar penggunanya dan menyumbang kepada penggunaan sumber yang lebih cekap dengan mengurangkan bilangan terjunan sebenar dari pesawat.

Pengarah Eksekutif WBG, Datuk Cham Nong Aliap berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan HAVELSAN dan membawa kepakaran salah satu firma terkemuka dunia dalam bidang ini ke Malaysia.

Selain tentera, simulator payung terjun HAVELSAN juga boleh digunakan untuk tujuan awam atau oleh bomba dan pasukan polis.

“Terdapat perkhidmatan hebat dan peluang pengurangan kos di sini untuk negara, khususnya melibatkan kos pesawat dan logistik yang mana latihan pasukan payung terjun lazimnya melibatkan pengangkutan keseluruhan pasukan penerjun ke tapak latihan dan kembali ke pangkalan mereka.

“Mengikut anggaran awal kami, penggunaan sistem sedemikian akan dapat mencapai penjimatan kos yang ketara untuk latihan dalam sektor pertahanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI