fbpx

Tiga dicekup naik bot tiada lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki yang dicekup menaiki bot tanpa lesen itu.

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor merekodkan kes pertama tangkapan selepas pembukaan semula sempadan negara dengan penahanan sebuah bot tanpa lesen semalam.

Bot penumpang dinaiki seorang warga tempatan dan dua kru warga Indonesia berusia 36 hingga 58 tahun itu ditahan di perairan Tanjung Harapan di sini, pukul 6.15 petang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya menjalankan rondaan rutin di sekitar perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tekong tempatan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen bot yang lengkap.

“Selain itu, semakan mendapati dua kru warga asing tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua lelaki itu bersama bot dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI