fbpx

Rakyat Malaysia didakwa lebih gemar bercakap bahasa Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang didakwa membuktikan lebih ramai golongan muda di Malaysia gemar bertutur dalam bahasa Indonesia. - Twitter

JAKARTA – Sebuah ciapan Twitter menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mendakwa bahawa kanak-kanak dan remaja Malaysia lebih gemar bercakap menggunakan bahasa Indonesia berbanding bahasa Melayu, lapor laman Berita Hits kelmarin.

Berdasarkan ciapan bebenang di Twitter, seorang pengguna bernama @Hanif_AF memberi satu fakta mengenai fenomena golongan muda di Malaysia yang lebih tertarik dengan bahasa Indonesia.

“Fakta menariknya adalah kini lebih ramai anak muda Malaysia menggunakan bahasa Indonesia berbanding pemuda Indonesia bercakap menggunakan bahasa Melayu,” demikian menurut hantaran tersebut.

Pengguna tersebut turut berkongsikan beberapa tangkap layar hantaran di Facebook yang didakwa menyokong kenyataannya.

“Jangan hairan kalau anak-anak sekarang 10 tahun lagi semua pakai bahasa Indonesia. Orang luar datang Sabah ingatkan salah naik pesawat pergi Jakarta. Anak buah saya sebut ketam sebagai ‘kepiting’. Bawa pergi ke kedai pun dia sebut ‘mari ke toko’,” kata seorang pengguna.

Selain itu, seorang wanita berstatus janda bernama Claudia memberitahu bahawa gara-gara sering menonton kandungan YouTube dari Indonesia, anaknya meminta dia mencari suami dari negara itu.

Dalam pada itu, sebilangan netizen berpendapat perkara itu berlaku disebabkan oleh pengaruh YouTube, TikTok dan sinetron dari negara seberang itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI