fbpx

Polis kesan lelaki tunggang motosikal sambil lepas ‘handle’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi seorang lelaki melalukan aksi berani melepaskan kedua-dua tangan semasa menunggang motosikal.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya semasa menunggang sebuah motosikal.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, JSPT memaklumkan bahawa lelaki itu dilihat menunggang motosikal dengan kedua-dua tangannya tidak memegang ‘handle’.

Jelas JSPT, kejadian tersebut telah tular di laman sosial dan aksi lelaki itu boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada dirinya tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.

“JSPT telah berjaya mengesan alamat pemilik motosikal dan meminta penunggang motosikal tersebut supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk menghubungi mana-mana Balai Polis Trafik yang berdekatan dengan kadar segera,”ujarnya.

Pada masa sama, JSPT menasihatkan penunggang motosikal agar sentiasa memegang ‘handle’ motosikal dengan betul.

“Ini diperincikan di bawah Kanun Lebuhraya LN 165/59 iaitu mengenai sikap, berhemah, perbuatan yang tidak berhemah, kelajuan dan lain-lain lagi demi keselamatan pengguna jalan raya,”ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial klip video berdurasi 39 saat yang memaparkan aksi ‘berani’ seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memegang kedua-dua ‘handle.

Pada masa sama, lelaki itu juga dilihat seolah-olah sedang ‘lalok’ apabila melakukan aksi seolah-oleh ingin ‘terbang’ sehingga motosikalnya tidak stabil dan terhuyung-hayang.

Difahamkan aksi tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dipercayai di sebuah lebuh raya sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI