fbpx

PGA cekup pengedar rokok seludup, ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah kedai runcit dan rumah di Kampung Air Asahan dekat Tanah Merah malam tadi. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran selepas sebanyak 32,800 batang rokok seludup dan 239.36 gram dadah jenis ganja mampat ditemui dalam dua serbuan berasingan di Kampung Air Asahan dekat Tanah Merah malam tadi.

Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam semasa anggota PGA menjalankan serbuan di sebuah kedai runcit di kampung berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan itu, anggota PGA merampas sebahagian rokok seludup yang disimpan di premis tersebut.

Menurutnya, susulan daripada penemuan itu, anggota PGA kemudian menjalankan pemeriksaan di rumah lelaki itu sebelum menjumpai sejumlah rokok seludup dan ketulan ganja mampat yang dianggarkan bernilai RM25,198.40.

“Siasatan awal mendapati, dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran dan ia akan dijual kepada penagih di sekitar kawasan pekan Tanah Merah.

“Selain itu, anggota PGA turut merampas sebuah telefon bimbit bernilai RM1,600 dan wang tunai berjumlah RM5,939,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI