fbpx

Pesawat rempuh pangsapuri, juruterbang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat itu merempuh sebuah bangunan flat yang tidak berpenghuni. - LNP

LONDON – Seorang juruterbang bernasib baik apabila sempat menyelamatkan diri sebelum  pesawat ringan yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah pangsapuri di Bicester, England, semalam.

Menurut laporan akhbar The Sun, juruterbang itu sempat menggunakan lonjakan kerusi pemandu yang mengeluarkannya dari pesawat sebelum nahas berlaku.

Seorang saksi memberitahu bahawa juruterbang dilihat meluncur turun ke atas bumbung bangunan menggunakan payung terjun.

Polis Lembah Thames berkata, blok rumah pangsa itu kosong dan tiada individu lain yang cedera.

Juruterbang pesawat sempat menyelamatkan diri sebelum nahas berlaku. – LNP

“Pesawat ringan itu merempuh blok pangsapuri yang tidak berpenghuni berhampiran Camp Road di Upper Heyford.

“Juruterbang mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital. Tiada mangsa lain yang cedera akibat kejadian itu.

“Sesiapa yang mempunyai menyaksikan insiden atau mempunyai rakaman bagaimana ia berlaku diminta menghubungi pihak polis dengan segera,” kata jurucakap Polis Lembah Thames. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI