IPOH – Sebanyak 18 keluarga yang kediaman mereka terjejas dalam kejadian ribut Isnin lalu menerima bantuan bencana semalam.
Antara lokasinya ialah di Kampung Rapat Jaya, Kampung Rapat Jaya Tambahan, Taman Lapangan Jaya dan Sungai Rokam.
Naib Pengerusi MCA Bahagian Gopeng, Cally Ting berkata, empat kawasan tersebut berada dalam Parlimen Gopeng.
“Hasil bancian mendapati 18 pemilik rumah layak memohon dan menerima Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Daerah Kinta berjumlah RM200 setiap rumah.
“Penduduk sebelum ini menerima bantuan makanan menjadikan keseluruhan bantuan sebanyak RM400 bagi setiap keluarga,” ujarnya ketika ditemui selepas penyampaian bantuan di Dewan Orang Ramai Kampung Rapat Jaya. – KOSMO ONLINE