fbpx

Mandi guna air mineral, lelaki dikecam membazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki itu menggunakan air mineral untuk mandi hingga mendapat kecaman ramai.

PETALING JAYA- Tindakan seorang remaja yang menggunakan puluhan botol air mineral untuk membasahkan badan di dalam sebuah tab mandi menerima kecaman netizen berikutan dianggap sebagai tindakan membazir.

Menerusi satu video dimuat naik pengguna Tiktok bernama Amirulasyari, lelaki itu dilihat sedang berbaring di dalam tab mandi dan menggunakan air mineral untuk membasahkan dirinya.

“Kau ingat Michael Jackson, mandi air biasa tidak boleh ke? Kau dengar sini, dekat Zimbabwe, Uganda sana bukan main orang mahu air bersih, kau boleh buat mandi saja air mineral.

“Bapa kau menang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke?,” kata rakanya kepada pemilik akaun itu ketika menyoal tindakannya.

Terdahulu, lelaki itu memuat naik hantaran dengan menyifatkan mahu memandikan dirinya dengan air mineral dan tidak mahu menggunakan air biasa berikutan hendak kelihatan cantik.

Video dimuat naik di Tiktok itu mendapat lebih 157,000 tontonan selain ramai pengguna media sosial mengecam tindakan tersebut kerana disifatkan tidak sensitif dengan krisis air dialami penduduk dunia.

“Kenapa susah sangat mahu bersyukur, tolong belajar hargai apa yang ada,” kata Marina P.

“Mahal weh, menangis tengok, bila sudah bulan puasa dahaga tidak cukup air,” jelas Rnraa.

Susulan video tular itu, pengasas Strawin Food Industries Sdn. Bhd., Mohamad Faruqi Mohamad Nazri tampil menjelaskan perkara itu.

“Pagi ini saya dikejutkan dengan hantaran di Twitter yang dikaitkan dengan kami kerana lelaki itu menggunakan air mineral keluaran syarikat kami.

“Saya mengambil perhatian atas perkara itu memandangkan produk kami merupakan air mineral dengan kadar PH sekitar 7.6 dan baik untuk kesihatan kulit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamad Faruqi turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki terbabit kerana menggunakan air mineral keluarannya hingga menjadi tular sekali gus membolehkan orang ramai mengetahui manfaatnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI