fbpx

Lima jam pindahkan dua ekor gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua gajah denak digunakan bagi memindahkan dua ekor gajah betina di Hutan Simpan Tekal di Jerantut semalam.

JERANTUT – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang di Temerloh berjaya memindahkan dua ekor gajah liar dari Felda Kota Gelanggi Tiga di sini ke Taman Negara di Terengganu.

Pemindahan haiwan dari Hutan Simpan Tekal berhampiran ladang sawit penduduk di Jerantut itu mengambil masa lima jam dengan bantuan dua gajah denak iaitu Abot dan Rambai.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, operasi pemindahan yang mencabar berkenaan melibatkan 29 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan anggota PKGK dengan menggunakan dua gajah denak.

“Operasi memindahkan haiwan terbabit mengambil masa kira-kira lima jam bermula pukul 8.30 pagi yang menggunakan Abot dan Rambai bagi membantu menarik gajah liar berkenaan.

“Operasi kali ini dianggap mencabar apabila kami terpaksa menarik gajah terbabit sejauh satu kilometer melalui jalan balak untuk sampai ke lori yang terletak dalam ladang kelapa sawit,” katanya, di sini semalam.

Dua ekor gajah berkenaan yang ditemukan berkeliaran dalam ladang sawit penduduk berjaya ditangkap dalam Hutan Simpan Tekai di sini.

Gajah betina berkenaan dianggarkan berumur 40 tahun dengan berat kira-kira tiga tan sementara anaknya juga betina berumur enam bulan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI