IPOH – Tindakan sitaan telah dilakukan pada peralatan memproses skrap termasuk e-waste di sebuah kilang kitar semula di Simpang Pulai di sini semalam.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan diketuai Timbalan Pengarah negeri, Abdul Aziz Parmin.
“Kerja-kerja memproses skrap tersebut perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) sebelum dijalankan bagi mengkaji impak aktiviti tersebut terhadap alam sekitar.
“Sehubungan itu, JAS negeri Perak memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti pencemaran dan premis mencurigakan ,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO ONLINE