fbpx

Kerjaya guru al-Quran dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anas dan isteri, Aisyah Baa’in bergambar bersama anugerah Brand Laureate yang dimenangi baru-baru ini.

NILAI – Memilih kerjaya sebagai guru al-Quran sepenuh masa adalah tugas mulia dan menawarkan pendapatan lebih baik berbanding suatu masa dahulu, kata Pengasas Azdan Quranic Center.

Menurut Anas Azami, dahulu ramai guru al-Quran terpaksa melakukan dua atau tiga pekerjaan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.

“Alhamdulillah, hari ini dengan menaik taraf kerjaya dalam bidang al-Quran, kami dapat membantu 100 kakitangan tetap berkongsi rezeki bersama Azdan Quranic Center, malah mempunyai rezeki lebih untuk dikongsi bersama keluarga dan insan lain,” jelasnya.

Mengimbas perjalanan membuka pusat pengajian al-Quran, Anas berkata, beliau membuka sebuah pusat pengajian di Sepang dengan menggunakan semua wang simpanannya.

Anas mengakui pernah melalui pengalaman pahit, termasuk dihalau oleh qariah masjid walaupun memberi khidmat mengajar al-Quran secara percuma.

Begitupun, pengalaman dan cabaran itu bukan penghalang kepada Anas untuk terus membantu umat Islam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran mereka.

“Ibadah tanpa ilmu akan jadi sia-sia dan muflis akhirat. Saya ambil keputusan menyertai program anjuran RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Dr. Azizan tekankan mengenai ilmu kepimpinan, kalau tak belajar mungkin saya tak mampu nak uruskan kakitangan dan masih berada pada tahap lama,” ujarnya.

Hasilnya hari ini, Azdan Quranic Center menyasarkan jualan RM30 juta pada 2022, selepas mencapai RM10.4 juta tahun lalu.

Lebih membanggakan, syarikat tersebut turut menerima anugerah Brand Laureate, World Halal BestBrands kategori Online Quran Education, Excellent CEO in Islamic Education Industry dan Best SME Most Innovative Education in Islamic Learning.

Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang azdan.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI