PETALING JAYA – Hampir semua negeri di Semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak akan mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, hampir semua kawasan di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami cuaca berkenaan.
Bagi negeri Perak, hujan berserta ribut petir akan berlaku di Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Untuk negeri Pahang pula ia melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Di Selangor, ia melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,”ujarnya.
Sementara itu, bagi negeri Sarawak pula ia melibatkan kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang.
“Manakala di Sabah ia membabitkan kawasan seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).-KOSMO! ONLINE.