fbpx

Ferrari RM1.38 juta kemalangan sejurus selepas dibeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kereta Ferrari 488 yang berlanggar sejurus selepas seorang pemilik membelinya di Derby. - Derbyshire Roads Policing Unit / SWNS

LONDON – Seorang pemilik Ferrari di Britain dilaporkan me­rempuh kereta sport berharga £250,000 (RM1.38 juta) tersebut pada hari sama dia membelinya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin. 

Lelaki itu sempat memandu sejauh beberapa kilometer sahaja sebelum terlibat dalam satu kemalangan.

Kereta mewah yang berlanggar itu dipercayai model Ferrari 488. Gambar yang dikongsikan oleh polis menunjukkan bonet kereta itu melengkung dan mengalami kesan calar.

Pemandu kereta tersebut terpaksa mengira kos kerugian walaupun pada awalnya gembira selepas membelinya di bandar Derby, daerah Derbyshire.

“Derby. 1 April. Pemandu membeli sebuah kereta Ferari pagi tadi dan merempuhnya selepas memandu kurang daripada 3.2 kilometer. Tiada kecederaan dialami,’’ kata  Unit Polis Derbyshire di laman Twitter. 

Kejadian itu turut mendapat perhatian netizen.

“OH TIDAK!! Terluka,’’ tulis seorang netizen.

“Betapa malunya anda. Itu akan memerlukan sedikit baik pulih,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI