fbpx

Covid-19 : Sebanyak 14,692 kes dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 14,692 kes dengan 218 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,234,087 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 20,383 kes sembuh sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia sebanyak 3,997,786 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 79 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 19 kes (24.06 peratus), kategori dua sebanyak 42 kes (53.16 peratus), kategori tiga sebanyak 18 kes (22.78 peratus), kategori empat sebanyak 46 kes (58.23 peratus) dan kategori lima 42 kes (53.16 peratus).

“Daripada 79 kes kategori tiga, empat dan lima, 19 kes (24.06 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 42 kes (53.16 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 18 kes (22.78 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 46 kes (58.23 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 42 kes (53.16 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI