PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Berhad (AirAsia X), Nadda Buranasiri, 59, meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 April lalu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia bertarikh 31 Mac 2022, AirAsia X berkata, ia disebabkan peletakan jawatan warga Thailand itu daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia X Co. Ltd.
Buranasiri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X pada 1 November 2018. – KOSMO! ONLINE