fbpx

BEST, apa kata bangsa usahawan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sesi konsultasi bisnes percuma dialu-alukan ramai usahawan apatah lagi dalam suasana ekonomi tidak menentu sekarang.

SHAH ALAM – Inisiatif RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mengadakan sesi konsultasi bisnes percuma dialu-alukan ramai usahawan apatah lagi dalam suasana ekonomi tidak menentu sekarang.

Menurut seorang peserta Business Evaluation Session Transformation (BEST), Muhammad Ezraei Ghazzi Azhari, Safah Herbs Industry Sdn. Bhd. milik keluarganya yang sudah beroperasi lebih 20 tahun tidak terlepas berdepan pelbagai cabaran.

“Cabaran dihadapi kami ketika ini adalah untuk kembangkan lagi bisnes, tingkatkan jumlah stokis dan ejen, jualan serta memperkukuhkan pasukan.

“Menerusi BEST, saya kini lebih jelas mengenai pemasaran, kepentingan hala tuju dan tahap sebenar bisnes,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Bagi seorang lagi peserta yang merupakan usahawan sos pasta, Ahmad Tajuddin Yussuf, cabaran yang dihadapinya ialah tidak begitu pasti cara mengendalikan perniagaan dengan betul.

“Sebolehnya saya tak mahu gagal dalam bisnes dijalankan ini, memandangkan saya kini merupakan usahawan sepenuh masa,” ujarnya.

Penyertaan untuk BEST adalah terhad dan usahawan berminat boleh memohon temu janji di richworks.com/best/.

Peserta juga boleh memilih untuk hadir secara fizikal di RichQ, Shah Alam atau menyertainya secara online di platform Zoom pada Selasa atau Sabtu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI