fbpx

Wanita India lari 6,000 kilometer dalam masa 110 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUFIYA memecahkan Guinness World Record dengan berlari sejauh 6,002 kilometer dalam hanya 110 hari, 23 jam dan 24 minit. – Facebook

NEW DELHI – Seorang wanita di India memecahkan rekod dunia apabila dia menamatkan larian kategori ‘golden quadrilateral’ dalam masa paling singkat, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Golden quadrilateral merujuk kepada rangkaian lebuh raya nasional yang menghubungkan empat bandar utama India termasuk New Delhi, Mumbai, Kolkata dan Chennai.

Pelari tersebut, Sufiya Khan yang berasal dari New Delhi, berjaya menamatkan perjalanan sejauh 6,002 kilometer dalam masa 110 hari, 23 jam dan 24 minit.

Sufiya memulakan lariannya di New Delhi pada 16 Disember 2020 dan menamatkan laluan golden quadrilateral pada 6 April 2021.

“Tidak, saya tidak pernah terlintas untuk berputus asa. Walaupun banyak kecederaan dialami semasa larian ini, tumpuan penuh saya adalah untuk menamatkan percubaan ini dalam masa paling singkat,’’ kata Sufiya seperti dipetik oleh Guinness World Records.

Sufiya turut berkongsi kegembiraan pencapaian tersebut di laman Facebook rasminya.

“Saya berbesar hati untuk berkongsi kejayaan ini dengan anda semua yang menjadi sebahagian daripada ekspedisi rekod dunia yang menakjubkan.

“Saya sangat berterima kasih kepada anda semua yang turut serta berlari sejauh beberapa kilometer, menyambut saya dengan mesra di bandar anda, menghidangkan masakan di rumah anda, memberi semangat apabila saya pasrah dan menyambut kejayaan ini seperti kejayaan bersama,’’ kata Sufiya dalam komennya di Facebook. 

Sufiya turut memegang rekod dunia wanita terpantas berlari dari Kashmir ke Kanyakumari di negeri Tamil Nadu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI