fbpx

Umat Islam Australia berpuasa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pengurus dan jemaah Masjid Indonesia di Westall, Melbourne di Australia bersiap sedia menyambut bulan Ramadan semalam. - Masjid Westfall/ ABC Indonesia

CANBERRA – Umat Islam di Australia dilaporkan mula mengerjakan solat sunat tarawih semalam dan menjalani ibadah puasa bulan Ramadan hari ini, lapor laman berita Kompas.

Majlis Imam Kebangsaan Australia (ANIC) bersama Dewan Fatwa Australia memaklumkan bahawa permulaan Ramadan di negara itu jatuh pada hari ini setelah melakukan pengiraan selepas Matahari tenggelam semalam.

Imam Besar Australia, Dr. Ibrahim Abu Mohamad menjelaskan bahawa Matahari semalam terbenam pukul 3.50 petang (waktu tempatan) dan anak bulan muncul selepas itu selama 11 minit sehingga pukul 4.01 (waktu tempatan) . 

“Di Perth, barat Australia, Matahari terbenam pada pukul 3.12 petang (waktu tempatan) disusuli kemunculan bulan selama 14 minit sehingga pukul 3.26 petang (waktu tempatan) sebelum hilang daripada pandangan.

“Hal ini membolehkan adanya waktu yang cukup untuk melihat kemunculan anak bulan dalam keadaan normal tanpa halangan yang boleh menghalang pandangan,’’ jelas Dr. Ibrahim menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan ANIC.

Bagaimanapun, Dr. Ibrahim bersama iman-imam ANIC dan Dewan Fatwa Australia menyatakan bahawa mereka memahami dan menghormati umat Islam yang mungkin mempunyai pendapat berbeza dalam perkara tersebut.

‘’Umat Islam di Australia berharap agar dapat menjalani ibadah puasa dengan berdoa kepada Allah untuk mengakhiri pandemik Covid-19 dan melindungi negara ini serta menyebarkan perdamaian dan keamanan di seluruh dunia,’’ kata beliau.

Ketua Pengurus Masjid Indonesia di Westall, Melbourne, Petta Rukka Daeng Gora menjelaskan, pihaknya bersedia untuk melaksanakan solat tarawih pertama pada Jumaat malam setelah mendengar pengumuman daripada ANIC. 

“Mulai malam ini (semalam), kami akan melaksanakan solat tarawih di Westall dan hal ini telah kami sampaikan kepada semua  jemaah,’’ kata Petta Rukka kepada Farid Ibrahim dari laman berita ABC Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI