fbpx

Ronaldo bakal pecah rekod lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO memerlukan tiga lagi gol untuk mengatasi rekod 19 tahun yang dipegang oleh Zola. – AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo berpeluang untuk memecahkan rekod seterusnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika turun menentang Leicester City di Old Trafford awal pagi esok.

United ketika ini sedang ber­usaha untuk memburu kedudukan Arsenal yang berada di tangga keempat liga sekali gus menjadi slot terakhir untuk la­yak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Penyerang berusia 37 tahun itu dikritik hebat oleh para pemerhati bola sepak untuk kempen musim ini, namun dia berjaya membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila sudah mengumpul 18 gol dalam semua kejohanan dan 12 jaringan dihasilkan dalam aksi EPL

Ronaldo berjaya menutup mulut para pengkritiknya ketika meledak hatrik ketika menentang Tottenham Hotspur pada aksi ter­akhir EPL sebelum cuti rehat antarabangsa sekali gus menyaksikan dia semakin menghampiri rekod legenda Chelsea, Gianfranco Zola sejak 19 tahun lalu.

Sebelum meninggalkan Stamford Bridge pada 2003, Zola berjaya meledak 14 gol ketika usianya melebihi 36 tahun dan Ronaldo dilihat tidak berdepan masalah untuk memperbaharui rekod berkenaan sebelum ber­akhirnya musim ini ataupun memerlukan satu lagi hatrik ketika berdepan Leicester nanti.

Sepanjang beraksi untuk Uni­ted pada 2003 hingga 2009, pemenang lima Anugerah Ballon d’Or itu meledak 118 gol dan 69 umpanan gol dalam 292 aksi dengan meraih tiga gelaran EPL serta trofi Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI