fbpx

Rap dalam majlis agama, itu video lama – Waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARIS menjelaskan video tular memaparkan dia membuat persembahan di sebuah masjid merupakan rakaman lama yang telah ditularkan kembali oleh individu tidak bertanggungjawab.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi rap Waris tiba-tiba tular dalam media sosial selepas video persembahannya dalam sebuah majlis keagamaan di sebuah masjid, tular sehingga mendapat kecaman ramai.

Menerusi video tersebut, turut dipaparkan reaksi beberapa wajah tetamu yang hadir dilihat kurang senang dengan persembahannya.

Waris yang dituduh tidak menghormati majlis menjelaskan, video tersebut merupakan potongan daripada rakaman persembahannya pada tahun lalu.

TANGKAP layar respons Waris mengenai isu tersebut dalam Instagramnya.

“Perang raih undi sudah bermula dan video aku menyanyi di masjid tersebut dimuat naik oleh geng-geng mungkir janji.

“Itu ialah video lama yang dipotong daripada Instagram TV. Tahun lepas cuba tapi tak jadi dan tahun ini dimuat naik, berjaya viral,” katanya dalam satu entri Instagram semalam.

Pelantun lagu Rembau Most Wanted itu turut mendakwa, menjadi mangsa bagi golongan yang dipercayai berkaitan politik.

“Tujuan? Hendak buat anda semua marah. Aku hanya bahan sahaja, hati-hati.

“Semua negeri menurap jalan sekarang ini, anda semua pun tahu mengapa. Hati-hati dengan apa yang anda dengar dan salam sayang diri sendiri.

“Saya sayang anda semua dan kali ini perlu buka mulut serta tak mahu anda tertipu lagi,” ujarnya.

Waris turut memuat naik semula video sama yang dikongsinya pada tahun lalu dan meminta orang ramai menilai semula kebenaran di sebalik perkara berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang masih kurang berpuas hati dengan penjelasan Waris dan mempersoalkan mengapa dia tetap menyanyi sedangkan berada di masjid.

Jawab Waris, dia sudah berasa tidak selesa ketika berada di lokasi tersebut, namun perlu meneruskan persembahan kerana bayaran sudah diterima.

“Semasa tiba di lokasi acara, memang sudah rasa sesuatu yang tidak kena tetapi persembahan perlu diteruskan kerana bayaran sudah diterima awal,” balasnya kepada seorang netizen.

Terdahulu, video tersebut tular dalam media sosial sejak semalam sehingga mencetuskan kemarahan ramai memandangkan persembahan rap sebegitu dikatakan tidak menghormati majlis agama.

Malah, terdapat juga netizen yang menuntut permohonan maaf daripada Waris.

Difahamkan, video tersebut pernah dikongsi Waris pada 14 November tahun lalu  ketika membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun sempena sambutran Maulidur Rasul.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI