KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) menetapkan zakat fitrah di negeri ini pada kadar RM7.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kadar tersebut ditetapkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Katanya, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran adalah sebanyak satu gantang Nabawi seorang bersamaan 2.6 kilogram.
“Setiap orang Islam yang tinggal di negeri ini wajib mengeluarkan fitrah seperti ditetapkan bagi dirinya dan anak isterinya serta tanggungannya.
“Mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah tersebut kepada amil-amil yang dilantik secara rasmi oleh MAIPs,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE