fbpx

Pandemik akan datang mungkin dicetuskan virus bawaan serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja perbandaran menyembur asap untuk menghapuskan nyamuk aedes aegypti, vektor demam denggi, demam Zika dan chikungunya di kejiranan El Dorado, Caracas pada 2019. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai bahaya virus bawaan serangga yang berpotensi mencetuskan pandemik, lapor laman berita Wion News semalam. 

Kumpulan virus bawaan serangga dinamakan arbovirus itu menyebarkan wabak termasuk demam kuning, Zika, Chikungunya dan demam denggi. Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu. 

Kumpulan virus itu menimbulkan kebimbangan kerana mendahului senarai untuk kemungkinan wabak seterusnya yang mungkin membawa kepada tercetusnya pandemik.

Kategori virus itu hidup di kawasan tropika dan subtropika yang menjadi tempat tinggal kepada kira-kira empat billion penduduk. 

Pakar-pakar sedang merancang strategi bagi mengelakkan satu lagi pandemik daripada berlaku.

Satu taklimat khas mengenai potensi tersebut diadakan pada Khamis lalu oleh pengarah pasukan Kesiapsiagaan Bahaya Penyakit Berjangkit Global (GIH), Dr. Sylvie Briand daripada WHO.

“Kita telah melalui dua tahun pandemik Covid-19 dan mempelajari kesukaran (kesannya) jika tidak cukup bersedia.

“Kita diberi amaran mengenainya menerusi wabak SARS pada 2003 dan pengalaman influenza pada 2009 tetapi masih ada jurang dalam ketersediaan.

“Pandemik seterusnya berkemungkinan besar disebabkan oleh arbovirus baharu dan kami juga mendapat isyarat bahawa risikonya semakin meningkat,’’ kata Briand.

Lebih 89 negara menghadapi wabak Zika sejak 2016. Sejak awal tahun 2000-an, risiko demam kuning juga telah meningkat dan demam denggi turut menjangkiti 390 juta orang setiap tahun di 130 negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI