CERITA mengenai single kedua Datuk Seri Vida berjudul Ku Ikhlaskan nampaknya masih belum berakhir.
Sepanjang minggu ini, satu demi satu penyanyi tanah air muncul menyanyikan semula lagu tersebut dan dikongsi dalam media sosial.
Antaranya ialah Ara Johari dan Khai Bahar yang meraih ribuan pujian kerana dikatakan mendendangkan lagu tersebut dengan lebih lunak berbanding persembahan penyanyi asal.
Rata-rata netizen berpendapat lagu tersebut seharusnya diberikan kepada penyanyi yang selayaknya.
“Rasa tenang dengan Khai nyanyi lagu ini, tak pening kepala,” puji netizen.
“Ara nyanyi lebih sedap daripada Vida,” komen netizen.