fbpx

Cuaca buruk di 6 negeri tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga pukul 12 tengah hari nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Melaka manakala beberapa kawasan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor serta Sabah.

“Di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula di kawasan Klang, Kuala Langat serta Sepang.

“Bagi Negeri Sembilan antara kawasan yang terjejas ialah di Port Dickson sementara di Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian,” katanya.

Tambahnya, cuaca tidak menentu di Sabah pula di kawasan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI