PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 17,476 kes dengan 164 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,219,395 kes.
Dalam masa sama, sebanyak 17,321 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia sebanyak 3,977,403 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 111 kes kategori tiga, empat dan lima.
“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 9,813 kes (56.15 peratus), kategori dua sebanyak 7,552 kes (43.22 peratus), kategori tiga sebanyak 37 kes (0.21 peratus), kategori empat sebanyak 37 kes (0.21 peratus) dan kategori lima 37 kes (0.21 peratus).
“Daripada 111 kes kategori tiga, empat dan lima, 22 kes (19.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 45 kes (40.54 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes (39.64 peratus) telah menerima dos penggalak.
“Selain itu, 62 kes (55.86 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 59 kes (53.15 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes ibu mengandung (0.90 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, sebanyak 263 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 162 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 30 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 35,013 kes manakala, lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,386 kes. -KOSMO! ONLINE