fbpx

Masjid Buluh rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Struktur Masjid Buluh di Bandar Utama, Gua Musang musnah dipukul ribut sebentar tadi.

GUA MUSANG – Hajat para jemaah untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Buluh, Bandar Utama di sini malam ini tidak kesampaian apabila masjid itu rosak dipukul ribut sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi semasa seramai 50 orang jemaah berada di masjid itu dan bersiap sedia untuk menunaikan solat asar.

Pengerusi Masjid Buluh, Ibrahim Mat, 69, berkata, dia menyedari struktur masjid dipukul ribut selepas dimaklumkan oleh seorang pekerja masjid pada pukul 4.15 petang.

Katanya, hujan lebat melanda kawasan itu sehingga menyebabkan bumbung masjid itu diterbangkan angin kencang.

“Selain bumbung, kejadian itu menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian tiang bangunan jemaah lelaki dan tempat mengambil wuduk wanita.

“Kerugian dianggarkan sebanyak RM50,000 berdasarkan kerosakan yang dilihat secara mata kasar setakat ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Menurut Ibrahim, susulan kejadian itu, solat tarawih di masjid itu malam ini terpaksa dibatalkan apabila karpet basah dan bekalan elektrik juga terputus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI