fbpx

Kelantan sasar terima 1.5 juta pelancong selepas Thailand buka sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Anizam (kiri) semasa meninjau gerai-gerai semasa pembukaan Bazar Siti Hawa di Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menyasarkan seramai 1.5 juta pelancong memasuki Kelantan melalui jalan darat sepanjang tahun ini selepas sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dibuka tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Md. Anizam Ab. Rahman berkata, sepanjang tahun lalu dianggarkan 300,000 hingga 400,000 pelancong dalam negara berkunjung ke Kelantan.

“Kita berharap pelancong dari negara jiran yang hanya dipisahkan melalui Sungai Golok itu semakin bertambah selepas ini.

“Kehadiran pelancong dalam negara dan Thailand ke Kelantan dijangka akan memulihkan semula sektor perniagaan di negeri ini yang dilihat suram semasa pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bazar Siti Hawa di Mydin Tunjong di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Pembukaan Bazar Siti Hawa di Mydin Tunjong itu bakal memberi nafas baharu selain mampu memulihkan ekonomi usahawan kecil dan sederhana (IKS) setempat selepas negara beralih ke fasa endemik.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Malaysia dan Thailand membenarkan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara menerusi dua pintu sempadan darat bermula 1 April.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipetik berkata, kedua-dua negara itu bersetuju membuka pintu masuk di Bukit Kayu Hitam-Sadao di Kedah dan Wang Kelian-Wang Prachan di Perlis.

Bagaimanapun, pintu Malaysia-Thailand di Kelantan masih belum dibuka dan pembukaannya dijangka tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI