fbpx

Ikan gergasi tarik lelaki ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BREDEN ditarik di atas kayaknya oleh seekor ikan sturgeon. - Facebook

OTTAWA – Seorang lelaki di Kanada menceritakan pengalaman ditarik oleh seekor ikan gergasi sepanjang 2.6 meter ke dalam sungai ketika dia memancing di atas kayaknya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Breden Rouse menemui ikan seberat 158.8 kilogram itu pada Sabtu lalu ketika dia dan teman wanitanya memancing di Sungai Fraser, wilayah  British Columbia.

Breden tidak menyangka umpan yang digunakannya telah dimakan oleh seekor ikan sturgeon.

Ketika cuba menangkap ikan itu, Breden melompat ke dalam kayaknya dan menarik joran selama kira-kira 25 minit sebelum berjaya menariknya menghampiri daratan untuk seketika.

“Saya tahu ia besar. Anda boleh tahu ia besar kerana apabila cuba ditarik, ia tidak mahu bergerak dan cuba melarikan diri.

“Sebaik sahaja ia berenang, saya seperti, baik saya perlu naik ke atas kayak. Ikan itu mula menariknya ke hulu sungai. Saya bertarung selama kira-kira 25 minit dan akhirnya berjaya membuat ikan itu penat,’’ kata Breden.

Teman wanitanya, Sidney Kozelenko bertindak merakamkan detik-detik penangkapan dramatik itu.

“Dia (Breden) telah menangkap banyak ikan sturgeon jadi kami tidak pasti akan saiz ikan itu pada mulanya.

“Jadi saya tidak mula merakam sehinggalah dia sedar ia bersaiz besar. Saya sebenarnya kagum dan terkejut. Ia sebenarnya lebih besar berbanding dari dalam video atau gambar. Saiz kepalanya dua kali ganda kepala saya,’’ kata Sidney. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI