fbpx

Empat kanak-kanak didera guru tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat kanak-kanak yang disyaki didera guru sebuah tadika dirawat di Hospital Pakar Sultanag Fatimah, Muar

JOHOR BAHRU – Seorang guru tadika wanita ditahan polis kerana disyaki mendera empat orang kanak-kanak di sebuah tadika swasta di daerah Muar, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, suspek berusia lewat 50-an itu ditahan ketika menyerah diri di balai polis di daerah terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis mendapati salah seorang ibu kepada mangsa telah menerima rakaman video anaknya telah didera oleh guru terbabit, Khamis lalu.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian penderaan di sebuah tadika swasta di Muar.

“Hasil siasatan mendapati seorang guru tadika wanita terbabit didakwa bertindak mengasari (mendera) empat murid lelaki berusia lingkungan umur tiga hingga lima tahun.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahurinain berkata, suspek warganegara tempatan itu telah direman selama enam hari bermula hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI