fbpx

Ganja tidak sesuai rawat Bipolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ganja tidak sesuai bagi merawat penyakit Bipolar kerana mempunyai kesan jangka masa panjang sehingga boleh menyebabkan gangguan schizophrenia serta bunuh diri.

Menerusi satu hantaran di Facebook Public Health Malaysia berkata, tidak kira apa sahaja manfaat jangka pendek yang dirasakan pesakit daripada ganja, bukti menunjukkan dengan jelas kepada perkaitan antara penggunaan dan penyakit bipolar yang semakin teruk dari semasa ke semasa.

Ganja boleh meningkatkan risiko bunuh diri

Menurutnya, penggunaan ganja dikaitkan dengan episod afektif yang lebih teruk seperti gejala psikotik, kitaran bipolar lebih pantas, percubaan bunuh diri, pengurangan remisi jangka panjang, fungsi global yang lebih lemah dan peningkatan ketidakupayaan.

“Dalam satu kajian terhadap 4915 peserta, Henquet et al mendapati peningkatan yang kuat terhadap simptom manik yang dikaitkan dengan kanabis selama tiga tahun susulan.

“Kajian juga menunjukkan penggunaan ganja bagi pesakit bipolar menyebabkan pesakit mengalami gangguan schizophrenia. Ini berlaku dalam 47 peratus pesakit yang menjadi psikotik selepas 4 tahun penggunaan,” tulisnya.

Mengulas lanjut, katanya, pesakit Bipolar perlu menjauhkan diri dengan penggunaan ganja.

“Pakar perubatan tidak seharusnya berundur dan menerima desakan pesakit untuk menggunakan ganja sebagai rawatan.

“Sebaliknya, mereka harus meneruskan usaha untuk mendidik dan menganggap masalah itu sebagai masalah serius yang berpotensi mengganggu rawatan bipolar yang sesuai dan berkesan yang mungkin ditawarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI