fbpx

Baby Shima ajak lelaki ‘belanja burung’ bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERANG diganggu lelaki gila seks, Baby Shima mencabar individu itu untuk bersemuka dengannya.

PETALING JAYA – Sehari sebelum menjelang Ramadan, penyanyi dangdut Baby Shima diganggu lelaki gila seks apabila menerima kiriman berupa foto bogel seorang lelaki dalam Instagramnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli, 29, berkongsi foto lelaki tersebut dalam keadaan bogel sambil menunjukkan bahagian kemaluannya yang ditutup dengan emoji pisang.

Berang dengan tindakan lelaki ‘gila’ yang dikatakan berasal dari Terengganu itu, Shima mencabarnya untuk berjumpa secara berdepan jika dia berani berbuat demikian.

“Sebelum Ramadan. Kalau setakat hantar DM (direct message) macam ini apa barang. Kalau nak sangat, mari berjumpa depan-depan.

“Hari itu JB (Johor Bahru). Sekarang Ganu (Terengganu) pula. Ada yang kenal ke? Kalau ada yang kenal boleh bagi alamat dia tak?” tulis Shima.

TANGKAP layar foto kemaluan dihantar seorang lelaki kepada Baby Shima menerusi Instagram.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah pun dipadam beberapa jam selepas dikongsikan dalam Instagram.

Tangkap layar komen netizen yang sempat dibuat memaklumkan lelaki tersebut bekerja dengan salah sebuah syarikat kurier di Kuala Lumpur.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang itu memberitahu kerap diganggu lelaki tidak dikenali yang mengirim pelbagai imej dan video lucah dalam Instagram miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI