fbpx

UiTM rehatkan pensyarah hina pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pensyarah yang sebelum ini dikatakan menghina seorang pelajar B40, telah direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai hari ini.

Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, tempoh rehat kepada Prof. Dr. Roshana Takim adalah sehingga siasatan lengkap dilaksanakan universiti terbabit.

“Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan semalam mengambil keputusan merehatkan Roshana dari tugasan mulai hari ini hingga siasatan lengkap.

“Keputusan ini dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu turut memaklumkan pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga.

Tambahnya, UiTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran yang mengelirukan.

“UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.

“Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian,” katanya.

Jelasnya, penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI