fbpx

Tiga sekawan didakwa edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G. Agilan (kiri), Mohd. Asrul Afandi Zulkifli (tengah) dan Rahisham Abdul Ghani (dua dari kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methampethamine, minggu lalu.

IPOH – Tiga sekawan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 119 kilogram, minggu lalu.

G. Agilan, 37; Rahisham Abdul Ghani, 35, dan Mohd. Asrul Afandi Zulkifli, 32, didakwa mengedar bahan terlarang itu dalam kawasan lot 30633, Jalan Lahat, Simpang Pulai pada pukul 11.20 pagi, 21 Mac lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga mereka selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rajit Singh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI