fbpx

Red Bull akui bakal hadapi musim sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN bakal bertarung sengit mempertahankan kejuaraan dunia musim lalu apabila Ferrari mempamerkan kebangkitan menerusi dua pelumba mereka. – AFP

LONDON – Kebangkitan pasukan Ferrari musim ini menyaksikan persaingan dalam F1 menjadi semakin sengit terutama buat Red Bull Racing yang kini perlu me­ng­a­tasi dua pasukan berban­ding ha­nya memberikan tumpuan­ kepada Mercedes musim lalu.

Penasihat Red Bull Racing, Helmut Marko berpendapat, suasana perebutan gelaran dunia musim ini sedikit berbeza ter­utama kehadiran semula Ferrari selaku pencabar dalam grid perlumbaan.

“Terdapat suasana yang berbeza dalam pertarungan kejua­raan dunia bagi pasukan Red Bull musim ini. Ferrari muncul pe­saing baharu yang mempu­nyai misi tersendiri untuk kembali dengan prestasi sebenar mereka.

“Keghairahan, emosi dan tahap kesukanan mereka ternyata berlainan berbanding musim-musim sebelum ini. Pastinya Red Bull mempunyai hubungan yang kompetitif bukan sahaja terhadap peraturan sukan tetapi juga dalam reka bentuk teknikal.

“Kami sangat gembira kerana kini kami mempunyai Ferrari sebagai salah satu pencabar kami dalam perlumbaan musim ini,” kata Marko.

Dalam pada itu, Marko yakin saingan hanya baru bermula dan Mercedes akan kembali mempamerkan taring sebenar mereka meskipun ketika ini pemandu utamanya, Lewis Hamilton bergelut untuk menjinakkan jentera mereka.

“Ketika ini, Hamilton hanya sembilan mata di belakang Verstappen dan pastinya mereka tidak ingin melepaskan perebutan gelaran dunia musim ini. Mereka pasti akan bangkit dan kemudian akan berlaku pertembungan tiga penjuru,” tegasnya.

Selepas dua pusingan perlumbaan, Ferrari mendominasi carta kedudukan pemandu menerusi Leclerc yang berada di tangga teratas dengan 45 mata, manakala rakan sepasukanya, Carlos Sainz di kedudukan kedua dengan 33 mata.

Verstappen di tangga ketiga dengan 25 mata dan diekori rapat pemandu baharu Mercedes, George Russell dengan me­ngumpul 22 mata. Sementara itu, Hamil­ton di tangga kelima de­ngan 16 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI