fbpx

Perak FC terus dirundung malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK FC dikenakan pemotongan enam mata selepas kegagalan mereka melunaskan tuntutan gaji pemain dan pegawai berkuat kuasa serta merta.

NASIB pasukan perak FC bertambah malang apabila dikenakan hukuman pemotongan tiga mata dalam kempen Liga Premier musim ini oleh badan bebas, First Instance Body (FIB) susulan kegagalan membayar tunggakan gaji dan pegawai pada tahun lalu.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, pengurusan  The Bos Gaurus gagal melunaskan baki tunggakan gaji pada tarikh pertama yang ditetapkan oleh FIB iaitu pada 31 Mac 2022 (semalam).

“Pihak pengurusan Perak FC sebelum ini telah bersetuju untuk menjelaskan baki tunggakan gaji tahun lalu melibatkan pemain dan pegawai pasukan utama dan reserve team berjumlah RM 934,729.42 pada 31 Mac lepas namun mereka didapati gagal untuk berbuat demikian.

“Justeru itu, Jawatankuasa FIB yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk menjatuhkan hukuman pemotongan tiga mata kepada Perak FC.

“Jika Perak FC masih gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji berkenaan pada tarikh akhir kedua (14 April 2022) maka pada 15 April 2022, mereka boleh dikenakan hukuman pemotongan enam lagi mata dalam saingan Liga Premier dan pengurangan dana” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Sheikh Mohd Nasir mengakui sekiranya Perak FC masih gagal membuat bayaran tunggakan gaji tersebut sebelum atau pada 21 April 2022, maka pada 22 April 2022, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan memanjangkan kes ini kepada FIB bagi tindakan lanjut.

Sebagai rekod, Perak FC yang dikendalikan oleh Yusri Che Lah telah mengharungi dua aksi Liga Premier musim ini dan tewas pada kedua-dua perlawanan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI