fbpx

Peniaga nafi tipu pembelian lampin bayi RM838,474

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizie ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen di Melaka hari ini.

MELAKA – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 26 pertuduhan menipu pembelian lampin bayi membabitkan nilai kerugian RM838,474, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azizie Wahab, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja 26 pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan satu hingga 26, tertuduh didakwa telah menipu Suriana Hussain, 37, dalam urusan pembelian lampin pakai buang sehingga mendorong mangsa membuat pembayaran berjumlah keseluruhan RM838,474.

Pembayaran itu dibuat mangsa di cawangan Ambank dalam daerah Melaka Tengah menerusi 26 transaksi membabitkan akaun Ambank dan Affin Bank yang masing-masing didaftarkan di bawah syarikat milik tertuduh iaitu GCR Recovery Enterprise serta AE Premier Niaga antara 19 Mei sehingga 11 Jun 2016.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM78,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 19 Mei sebagai sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI