fbpx

Mohd. Iqbal dilantik Ketua Polis Daerah Shah Alam baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunadi ( tengah ) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Baharudin (kiri) dan Mohd. Iqbal, hari ini.

SHAH ALAM – Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalu-Lintas), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Shah Alam yang baharu.

Mohd. Iqbal, 41, menggantikan Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas berlangsung di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Mohd. Iqbal dalam ucapannya memaklumkan, Selangor bukan asing kerana pernah bertugas sembilan tahun di negeri ini sama ada daerah dan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

“Walau bagaimanapun, selari peredaran masa trend jenayah juga berubah dan besar harapan semua pegawai serta anggota IPD ini bekerjasama dengan saya agar urusan pentadbiran berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Baharudin mengakui tugas di IPD Shah Alam amat mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi.

“Namun, semuanya dapat ditangani dengan bimbingan Arjunadi yang penuh pengalaman dan berkaliber.

“Kejayaan juga hasil kerjasama dan sokongan kuat dari semua pegawai dan anggota polis IPD ini termasuk ketika kejadian bencana banjir di Sri Muda sebelum ini,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI