fbpx

Malaysia, Indonesia setuju gunakan bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) dan Jokowi berbicang mengenai sesuatu dalam pertemuan di antara mereka di Jakarta, Indonesia hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kerana bersetuju untuk bersama-sama memperkasakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun.

Ismail Sabri berkata, beliau dan Jokowi telah bersetuju akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa yang disertai mereka.

“Kita bersetuju jika kita bersama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu ini mungkin satu hari nanti boleh dijadikan sebagai bahasa ASEAN.

“Antara bahasa yang merupakan bahasa Melayu adalah bahasa Melayu, Malaysia; bahasa Melayu, Indonesia; bahasa Melayu, Brunei; bahasa Melayu, Selatan Thailand; bahasa Melayu, Champa;
bahasa Melayu, di Kemboja dan bahasa Melayu di Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama, Jokowi dalam sesi lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri ketika sesi soal jawab di Dewan Negara pada 23 Mac lalu menegaskan beliau akan terus memperkasakan bahasa Melayu dalam mana-mana pertemuan, mesyuarat dan persidangan antarabangsa mengikut kesesuaian.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri turut menyentuh tentang isu harga kelapa sawit memandangkan kedua-dua negara merupakan pengeksport utama bahan mentah tersebut.

“Malaysia dan Indonesia telah bersetuju agar harga minyak kelapa sawit patut ditentukan secara bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga memandangkan kedua-dua negara menguasai keseluruhan dari segi eksport bahan mentah tersebut,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI