fbpx

Liyana Jasmay dikecam, berdoa cara Kristian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Liyana yang menggenggam kedua tangan seperti berdoa di hadapan kek hari lahirnya baru-baru ini dikecam netizen kerana didakwa meniru budaya Barat dan agama Kristian.

PETALING JAYA – Sambutan ulang tahun kelahiran pelakon dan juga penyanyi Liyana Jasmay yang ke-34 baru-baru ini dikecam netizen selepas dia dituduh berdoa menyerupai ajaran agama Kristian.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Liyana berkongsi sebuah video sedang menggenggam tangan sambil menutup mata sebelum meniup lilin pada kek bertingkat yang ada di hadapannya.

“Terima kasih di atas ucapan dan doa semua,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun, tindakan pelantun lagu Cinta Bersatu itu berdoa sebelum meniup lilin mengundang kecaman netizen apabila mendakwa perbuatannya seakan-akan meniru cara agama lain berdoa.

Rata-rata pengikutnya dalam Instagram mempersoalkan cara Liyana dan berasa kecewa apabila tindakan pelakon itu tidak melambangkan dirinya sebagai umat Islam dengan mengikut perbuatan agama lain.

“Islam tidak berdoa seperti ini. Tidak ada ‘make a wish’ (memohon hajat) sebelum meniup lilin. Itu sahaja komen saya,” ujar seorang netizen.

“Tidak perlu tiru budaya Barat,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Ustaz ada cakap meniru tangan (berdoa) seperti agama Kristian adalah haram,” tegur seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen menegur perbuatan Liyana meniup lilin pada kek hari jadi kerana mendakwa dalam agama Islam, perbuatan tersebut (meniup lilin) adalah dilarang.

“Kenapa tiup lilin sambil buat hajat? Bukan tidak boleh ke? (haram),” kata seorang pengikutnya.

Sekadar info, Liyana mengambil keputusan untuk berhijrah apabila tampil memakai hijab sepenuhnya pada 2017.

Bagaimanapun, pelakon itu kembali membuka hijab sekitar 2020 apabila berkongsi foto dirinya tidak lagi menutup aurat ketika sedang bercuti di Gold Coast, Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI