fbpx

Lelaki Nigeria ditahan perkosa nenek 92 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan suspek yang merogol seorang warga emas di pusat pentadbiran kerajaan tempatan di negeri Borno. – GWG

MAIDUGURI, NIGERIA – Polis Nigeria menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol seorang nenek berusia 92 tahun, lapor laman berita GWG semalam.

Komisioner Polis Negeri Borno, Abdu Umar berkata, suspek yang dikenali sebagai Zakariya Ya’u, 44, ditangkap selepas melakukan jenayah tersebut di Kawasan Kerajaan Tempatan Askir Uba di negeri itu.

Menurutnya, mangsa sedang duduk berhampiran sebuah bangunan yang belum siap dibina. Namun, tiba-tiba dia  diheret ke dalam bangunan itu dan dirogol oleh suspek dalam kejadian pada 24 Mac lalu.

Mangsa dilaporkan menjerit meminta tolong tetapi  tidak berdaya untuk menghalang serangan suspek. Cucu mangsa, Usman Haruna, 29, kemudian menyedari perbuatan suspek dan menghubungi pihak polis.

“Cucu mangsa menangkap suspek ketika dia berada di  atas mangsa dengan keadaan seluarnya yang dilondehkan ke bawah berserta ‘tangkal’ yang dililit pada pergelangan tangannya,” kata Abdu Umar.

Kes itu sedang disiasat dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada satu tarikh yang akan dinyatakan kemudian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI