fbpx

KLIA mula terima kemasukan pelancong antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy Syukri (kanan) menyambut ketibaan kumpulan pelancong antarabangsa yang tiba di KLIA dengan menaiki pesawat penerbangan Etihad EY0418 selepas kerajaan membuka semula sempadan negara bermula hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini menerima sekumpulan 283 pengembara dari Abu Dhabi, iaitu antara kumpulan pelancong terawal tiba susulan pembukaan sempadan negara, hari ini.

Pesawat EY418, Etihad Airways itu selamat mendarat pukul 10.14 pagi sebelum diberi semburan air sebagai gimik ketibaan.

Turut meraikan ketibaan pengembara termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata, lebih 110 penerbangan antarabangsa dijadual mendarat di KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini dan beliau menjangkakan jumlah pengembara antarabangsa dijangka meningkat dalam minggu-minggu akan datang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI